Masriah Dahlan
Hampir 8 tahun aku tidak berlari tapi hari ini aku melakukannya! Rindu? Not really... cuma nak test power if aku masih leh perform. setelah berlari sejauh +- 2km, aku berhenti berlari tetapi terus berjalan & berjalan menyaingi seorang 'uncle' yg ku kira berusia lingkungan 60an (wah! setanding ka? ;8)... persekitaran yang amat tenang di awalan aku sampe, sedikit hingar bila waktu menginjak ke jam 9...

Larian sebahagian dari remajaku... waktu ituu aku sama sekali x peduli sama ada aku akan berlari berpasukan mahu pun bersendirian. Namun yang pasti semasa berlari aku merasa 1 kebebasan! Di hari minggu jika orang lain enak membuai mimpi, aku pula sebaik solat subuh terus 'merempit' menuju dataran merdeka or padang merbuk untuk sama2 berlumba dengan peserta lain. kadang2 larian dah flag-off baru sampe. heee... tapi aku xkan balik, aku akan mengejar peserta2 tersebut sebab aku berlari kerana hobi tidak kerana bersaing.

Lari dan terus berlari...
Masriah Dahlan
Ya Rabbi... tak tahulah perasaan bagaimana harus aku ada... Sakit hati? Kelakar? Geram? Semua pun sedang bercampur baur. Namun mengenangkan bulan Ramadhan, aku mengambil keputusan untuk bersikap SABAR.

Aku tak ingat dah berapa lama perkhidmatan KOMUTER beroperasi di bandaraya KL ini, yang pasti ia merupakan perkhidmatan train dalam bandar terawal. Taraf perkhidmatannya? Huh! Antara perkhidmatan awam yang paling menyakitkan hati kut!

Bayangkan tatkala jumlah penduduk KL makin meningkat namun tahap perkhidmatannya x ubah atau mgkn lebih teruk berbanding di awal pengenalan sistem pengangkutan ini. Macamana pihak pengurusan boleh ambil mudah dengan sistem pengangkutan yang dikira paling efektif sepatutnya?

Hari ini aku mengalami 'nasib serupa' menaiki sistem pengangkutan ini sejak 3 minggu lalu. Sudah la lebih setengah jam berdiri menunggu, bila tiba penumpang sudah mulai sesak. Ada beberapa penumpang yang hanya dapat mencecah sebelah kaki ke dalam gerabak terpaksa melupakan hasrat tiba awal di rumah untuk berbuka bersama keluarga.

Aku yang telah terlepas train sebelumnya, Alhamdulillah dapat meloloskan diri di dalam kelompok kali ini. Kelakarnya, tak perlu berpaut pada sebarang tiang, sekadar bertawakkal dengan sebarang kemungkinan. Apa yang kurang menyenangkan, kami wanita-wanita ini terpaksa membiarkan diri 'ditindan' oleh sasa-sasa badan lelaki yang ada antaranya ingin mengambil kesempatan.

Kepada pihak yang berkenaan, TOLONGLAH USAHAKAN SESUATU bagi meningkatkan perkhidmatan train KOMUTER ini!!!!
Masriah Dahlan
Sungguh pun kepenatan, aksi melaram di muara Sg Tembeling harus dirakamkan. Sesekali dapat menikmati keindahan alam, memang mendamaikan (alamak terlupa sekejap 'habibi' yg duk keseorangan kat umah. hee...). Tq erme for nice shot! Looking forward to be there again this October. Amin...

Ni sekeping dulu, nak test kebolehan menggunakan blog yg dipantau oleh Cik Adda kita. ; )
Masriah Dahlan
testing testing