Masriah Dahlan
Ya Rabbi... tak tahulah perasaan bagaimana harus aku ada... Sakit hati? Kelakar? Geram? Semua pun sedang bercampur baur. Namun mengenangkan bulan Ramadhan, aku mengambil keputusan untuk bersikap SABAR.

Aku tak ingat dah berapa lama perkhidmatan KOMUTER beroperasi di bandaraya KL ini, yang pasti ia merupakan perkhidmatan train dalam bandar terawal. Taraf perkhidmatannya? Huh! Antara perkhidmatan awam yang paling menyakitkan hati kut!

Bayangkan tatkala jumlah penduduk KL makin meningkat namun tahap perkhidmatannya x ubah atau mgkn lebih teruk berbanding di awal pengenalan sistem pengangkutan ini. Macamana pihak pengurusan boleh ambil mudah dengan sistem pengangkutan yang dikira paling efektif sepatutnya?

Hari ini aku mengalami 'nasib serupa' menaiki sistem pengangkutan ini sejak 3 minggu lalu. Sudah la lebih setengah jam berdiri menunggu, bila tiba penumpang sudah mulai sesak. Ada beberapa penumpang yang hanya dapat mencecah sebelah kaki ke dalam gerabak terpaksa melupakan hasrat tiba awal di rumah untuk berbuka bersama keluarga.

Aku yang telah terlepas train sebelumnya, Alhamdulillah dapat meloloskan diri di dalam kelompok kali ini. Kelakarnya, tak perlu berpaut pada sebarang tiang, sekadar bertawakkal dengan sebarang kemungkinan. Apa yang kurang menyenangkan, kami wanita-wanita ini terpaksa membiarkan diri 'ditindan' oleh sasa-sasa badan lelaki yang ada antaranya ingin mengambil kesempatan.

Kepada pihak yang berkenaan, TOLONGLAH USAHAKAN SESUATU bagi meningkatkan perkhidmatan train KOMUTER ini!!!!
0 Responses

Post a Comment