Masriah Dahlan
Hampir 8 tahun aku tidak berlari tapi hari ini aku melakukannya! Rindu? Not really... cuma nak test power if aku masih leh perform. setelah berlari sejauh +- 2km, aku berhenti berlari tetapi terus berjalan & berjalan menyaingi seorang 'uncle' yg ku kira berusia lingkungan 60an (wah! setanding ka? ;8)... persekitaran yang amat tenang di awalan aku sampe, sedikit hingar bila waktu menginjak ke jam 9...

Larian sebahagian dari remajaku... waktu ituu aku sama sekali x peduli sama ada aku akan berlari berpasukan mahu pun bersendirian. Namun yang pasti semasa berlari aku merasa 1 kebebasan! Di hari minggu jika orang lain enak membuai mimpi, aku pula sebaik solat subuh terus 'merempit' menuju dataran merdeka or padang merbuk untuk sama2 berlumba dengan peserta lain. kadang2 larian dah flag-off baru sampe. heee... tapi aku xkan balik, aku akan mengejar peserta2 tersebut sebab aku berlari kerana hobi tidak kerana bersaing.

Lari dan terus berlari...
0 Responses

Post a Comment